Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe julang PSG ke puncak Ligue 1

    PARIS, 25 APRIL – Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan berturut-turut namun mengalami kecederaan paha ketika beliau membantu Paris Saint Germain (PSG) melonjak ke tangga teratas Ligue 1 selepas menumpaskan Metz 3-1 semalam.

    Penyerang Perancis itu direhatkan dalam perlawanan Piala Perancis pertengahan minggu lalu menentang Angers dan kembali membantu PSG memburu kejuaraan liga dengan meledakkan gol di kedua-dua separuh masa perlawanan sekali gus melonjak tangga teratas liga mengatasi Lille.

    Bagaimanapun, Mbappe dikeluarkan pada hujung perlawanan kerana mengalami kecederaan, menimbulkan kebimbangan buat PSG menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester City di separuh akhir pertama Khamis depan.

    Mauro Icardi juga menjaringkan gol apabila menyempurnakan penalti seminit sebelum perlawanan tamat.

    “Beliau hanya mengalami kekejangan. Saya rasa tidak ada apa yang serius. Kylian sangat tenang dan rileks. Kami harap kecederaan itu segera sembuh,” kata Mauricio Pochettino.

    PSG kini memiliki kelebihan dua mata berbanding Lille, yang akan mengunjungi Lyon yang berada di tangga keempat sementara Monaco, ketinggalan empat mata menjelang perlawanan menentang Angers.

    Neymar kembali beraksi selepas menjalani penggantungan dua perlawanan setelah dilayangkan kad merah ketika menentang Lille, sementara Marco Verratti mencatat kemunculan pertamanya dalam tempoh sebulan kerana dijangkiti COVID-19.

    Setelah menjaringkan dua gol dalam kemenangan dramatik 3-2 ke atas Saint-Etienne pada hujung minggu lalu, Mbappe membantu PSG mendahului perlawanan dalam masa lima minit menerusi hantaran Ander Herrera.

    Centonze menguji Keylor Navas ketika Metz berusaha menamatkan kekalahan liga sembilan kali berturut-turut oleh PSG dan beliau berjaya menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua dengan menanduk masuk gol hantaran lintang Farid Boulaya. – AFP

    Aksi penyerang PSG, Kylian Mbappe ketika membawa bola semasa perlawanan Ligue 1 menentang FC Metz di Stadium Saint Symphorien semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda