Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe kecewa gagal sempurnakan penalti

    BILBAO, 5 DIS – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata Kylian Mbappe ‘sedih’ selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali lagi apabila juara Real Madrid tewas 2-1 di tangan Athletic Bilbao dalam La Liga semalam.

    Seminggu selepas bintang Perancis itu gagal menyepak masuk penalti dalam Liga Juara-juara menentang Liverpool, dia sekali lagi mengalami kekecewaan menyebabkan Los Blancos membenarkan pendahulu liga, Barcelona, mengekalkan kelebihan empat mata mereka.

    Alejandro Berenguer meletakkan Bilbao di hadapan pada awal babak kedua, dengan Jude Bellingham menyamakan kedudukan untuk Madrid selepas Mbappe gagal menyempurnakan penalti.

    Bagaimanapun, pemain gantian, Gorka Guruzeta merampas mengesahkan kemenangan bagi Athletic, yang berada di tempat keempat, pada minit ke-80 selepas kesilapan Fede Valverde.

    Kekalahan dan kegagalan penalti Mbappe akan menambah tekanan penyerang bekas Paris Saint-Germain itu selepas menerima banyak kritikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    “Sudah tentu (Mbappe) sedih, kecewa, tetapi dia perlu teruskan,” kata Ancelotti kepada wartawan.

    Mbappe telah menjaringkan 10 gol dalam 20 perlawanan pertama untuk Madrid di semua pertandingan tetapi menghadapi kesukaran untuk mencapai konsistensi.

    “Dia tidak berada di tahap terbaiknya tetapi kita perlu memberinya masa untuk menyesuaikan diri, dia telah menjaringkan 10 gol, dia boleh melakukan lebih baik dan dia sedang berusaha untuk mencapainya,” kata Ancelotti.

    “Ini adalah perlawanan yang seimbang, Athletic adalah pasukan yang sangat berbahaya, terutamanya di tempat sendiri… bagi saya, sepatutnya ia berakhir dengan seri… kami terus berjuang (tetapi) keputusan itu sepatutnya lebih baik.” – AFP

    Reaksi Kylian Mbappe semasa perlawanan bola sepak La Liga menentang Athletic Club Bilbao di Stadium San Mames, Bilbao pada 4 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda