Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mbappe menyerlah di liga juara-juara

    PARIS, 7 SEPT – Kylian Mbappe menghasilkan dua penyudah pada separuh masa pertama ketika Paris Saint-Germain (PSG) berusaha untuk meraih kejayaan di Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-1 menewaskan Juventus di Parc des Princes awal pagi tadi.

    Dua gol Mbappe yang menakjubkan, gol pertama hadir selepas hantaran Neymar dalam masa lima minit dan gol kedua menerusi gerakan cantik pada pertengahan babak pertama.

    PSG mengawal perlawanan pada separuh masa sebelum diberikan kejutan pada awal separuh masa kedua ketika pemain gantian Weston McKennie menanduk bola ke dalam gawang memberikan Juventus kembali menyamakan kedudukan.

    Namun Juve adalah pasukan yang merundum berbanding hanya beberapa tahun lalu dan datang ke ibu negara Perancis tanpa beberapa pemain utama, termasuk bekas bintang PSG, Angel di Maria.

    “Saya sangat gembira dengan pasukan itu,” kata jurulatih PSG Christophe Galtier.

    “Kemenangan dalam keadaan sukar boleh menjadikan kami lebih kuat.”

    Mbappe, bersama-sama dengan Galtier, telah datang menerima kritikan keras di Perancis dalam tempoh 24 jam sebelum perlawanan ini kerana ketawa apabila soalan diajukan kepadanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan mengenai keputusan kelabnya untuk menggunakan jet peribadi semasa membuat kunjungan ke Nantes.

    Prestasi pemenang Piala Dunia itu di sini menunjukkan tiada satu pun tajuk negatif yang mengganggunya, kerana Mbappe mengesahkan dengan tepat mengapa PSG begitu terdesak untuk mengekalkannya pada penghujung musim lalu apabila dia nampaknya akan berlepas ke Real Madrid.

    “Kami tahu sebelum perlawanan ini bahawa kami mempunyai kelemahan tetapi kami sedang berusaha untuk memperbaikinya,” kata Mbappe kepada penyiar Canal Plus. – AFP

    Reaksi Kylian Mbappe selepas menjaringkan gol keduanya semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara menentang Juventus di stadium Parc des Princes, di Paris, Selasa, 6 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...