Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Mbappe, Neymar ledak hatrik

    PARIS, 10 APRIL – Kylian Mbappe dan Neymar kedua-duanya berjaya meledak hatrik ketika Paris St Germain (PSG) berjaya menumbangkan Clermont 6-1 untuk menghampiri kejuaraan Ligue 1.

    Mbappe, yang masih belum membuat keputusan sama dia akan kekal di PSG, meledak dua gol dan melakukan tiga hantaran menghasilkan jaringan hujung minggu lalu ketika mereka mengalahkan Lorient 5-1.

    Dalam aksi terbaharu ini, dia sekali lagi melakukan hantaran menghasilkan jaringan dan meraih penalti tatkala dia melonjak ke tangga teratas sebagai penjaring terbanyak Ligue 1 dengan 20 gol.

    Skuad Mauricio Pochettino sekarang ini 15 mata mengatasi pasukan tempat kedua, Rennes dan kelihatan pasti untuk merangkul semula gelaran dengan hanya berbaki tujuh perlawanan.

    Clermont kekal di tempat ke-17, hanya satu mata di depan Saint-Etienne yang menghuni tempat playoff penyingkiran. PSG hanya memberi tumpuan kepada Ligue 1 sahaja selepas disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Real Madrid, tetapi mempamerkan aksi mengagumkan dua kali berturut-turut dengan Mbappe, Neymar dan Lionel Messi berada pada prestasi yang baik.

    “Kombinasi Messi-Neymar-Mbappe? Masalahnya adalah ramai orang tidak mendengar, sejak awal musim kami mengatakan bahawa ia memerlukan masa untuk mewujudkan persefahaman antara mereka, bukan sahaja di padang tetapi juga di bilik persalinan,” kata Pochettino.

    PSG mendahului dalam minit keenam ketika Mbappe mencetuskan kekeliruan dalam pertahanan laman sendiri hantaran bola yang cantik kepada Messi dan Neymar yang seterusnya menjaringkan gol di sudut gawang.

    Mereka mengganda kelebihan mereka dalam masa 20 minit ketika Messi mencatat gol liga ke-12 musim ini.

    Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu menendang sangga bola kepada Mbappe, yang meledak masuk melepasi penjaga gol Arthur Desmas. – AFP

    Alidu Seidu (kiri) berebut bola dengan Kylian Mbappe semasa perlawanan di antara Clermont dan Paris Saint Germain di stadium Gabriel-Montpied di Clermont-Ferrand, tengah Perancis pada 9 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...