Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mbappe penjaring terbanyak PSG

    PARIS, 5 MAC – Pemain bola sepak Kylian Mbappe mengatasi rekod pencapaian Edinson Cavani sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab Paris Saint-Germain (PSG) selepas menjaringkan gol ketika menentang Nantes kelmarin, lapor dpa.

    Mbappe, 24, juga merupakan pemain kedua termahal sepanjang zaman.

    Jaringan ke-201 Mbappe dicatatkan dalam aksi perlawanannya yang ke-247.

    Walaupun prestasi Mbappe disifatkan semakin menurun selepas Piala Dunia namun, beliau telah menunjukkan pengaruh penting kepada kelab itu dengan berjaya mengatasi rekod Cavani.

    Cavani mencatat rekod dengan menjaringkan 200 gol untuk kelab itu yang sebelum ini dipegang oleh Zlatan Ibrahimovic. – Bernama

    Pemain PSG, Kylian Mbappe meraikan kejayaan-AP -menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Satu Perancis antara Paris Saint-Germain dan Nantes di Parc des Princes di Paris, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...