MBB serah 10 komputer riba sokong kempen sumbangan peranti

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Majlis Belia Brunei (MBB) telah menyerahkan 10 unit komputer riba untuk menyokong Kempen Sumbangan Peranti yang dikendalikan oleh Kementerian Perhubungan dan Info Komunikasi serta Kementerian Pendidikan. 

Komputer-komputer riba berkenaan telah diserahkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari selaku yang di-pertua MBB kepada Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Awang Mohamamd Norilham bin Haji Jais.

Kakitangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menyumbangkan lebih $6,000 bagi kempen mengumpul tajaan bagi pembelian komputer riba anjuran MBB dan Projek
#Infaq1. 

Inisiatif mengumpul dana tersebut telah berjaya mencapai lebih daripada $20,000 melalui sumbangan orang ramai untuk menyokong pembelajaran digital bagi pelajar yang kurang berkemampuan.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Ketua Perbendaharaan, Bahagian Pasaran Global BIBD, Dayang Hazimah ‘Izzati binti POKJP Dato Haji Adanan.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa menyerahkan komputeri riba untuk Kempen Sumbangan Peranti kepada Awang Mohammad Norilham.