Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    McD tampilkan beberapa

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Sempena ulang tahun ke-25nya, McDonald’s Brunei menampilkan beberapa hidangan promosi terbaru yang kini boleh didapati di kedua-dua cawangannya McDonald Gadong dan McDonald’s Pandu Lalu Jerudong.

    Hidangan ini termasuklah Burger Keju dilapisi telur yang boleh didapati sama ada secara ala carte atau pun set hidangan bersama kentang goreng dan minuman Lime McFizz.

    Turut diperkenalkan ialah Ayam Goreng McD dihidangkan bersama nasi dan sos cili Thai yang juga boleh dipesan bersama telur dadar.

    Manakala kentang goreng ubi manis kini kembali dalam hidangan ala carte atau set hidangan dan hidangan pencuci mulut baru, Chocotop turut diperkenalkan.

    Kesemua hidangan ini boleh didapati bermula jam 11 pagi manakala Chocotop boleh dipesan bermula 7 pagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda