Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mcdaniels julang pasukan, tewaskan La Clippers

    LOS ANGELES, 1 MAC — Jaden McDaniels bukanlah pemain pertama yang terlintas di fikiran apabila menyebut pemain utama dalam senarai Minnesota Timberwolves, tetapi penyerang itu terbukti menjadi masalah kepada Los Angeles Clippers.

    Penyerang itu mempamerkan aksi mantap kedua berturut-turut menentang Clippers, menjaringkan 20 mata semalam dalam kemenangan Timberwolves 108-101 yang menamatkan rentetan tiga kekalahan.

    “Ini adalah kemenangan besar, Kami tewas dua perlawanan yang boleh kami menangi. Kali ini kami berjaya menang,” kata McDaniels, yang memperoleh 18 mata dalam pertemuan terakhir menentang Clippers pada 6 Januari.

    Ia adalah kali keempat musim ini McDaniels meraih 20 mata.

    Dia mencatat purata 11.6 mata musim ini, tetapi 15.4 mata dalam lima per-lawanan terakhir.

    Pemain Los Angeles Clippers, Russell Westbrook meraikan kejayaan selepas membuat jaringan 3 mata semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA menentang Minnesota Timberwolves semalam, di Los Angeles. – AP

    Timberwolves (32-32) naik ke tangga kelapan dalam Western Conference manakala Clippers (33-31) kekal di tempat keenam. Tempat keempat hingga ke-10 dipisahkan dengan hanya tiga perlawanan.

    “Semua orang bermain dengan sangat baik dan itulah yang kami tunggu,” kata jurulatih Timberwolves, Chris Finch.

    Anthony Edwards menambah 18 mata dan Rudy Gobert menambah 16 mata, termasuk key dunk pada minit akhir.

    Paul George memperoleh 25 mata dan Kawhi Leonard 23 untuk Clippers, yang kalah tiga kali berturut-turut.

    Dua kekalahan terakhir Los Angeles sebelum perlawanan semalam, termasuk kekalahan 176-175 di tangan Sacramento dalam perlawanan kedua dengan markah tertinggi dalam sejarah NBA. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...