McDonald jual pegangan China AS$2.08 bilion

BEIJING, 9 Jan – Restoran makanan segera gergasi AS McDonald akan menjual pegangan kawalan dalam perniagaan China dan Hong Kong sehingga AS$ 2.08 bilion kepada sebuah konsortium yang termasuk Citic milik negara dan Kumpulan Carlyle, telah diumumkan hari ini.

Perjanjian itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan antarabangsa McDonald dengan pertumbuhan yang perlahan. Citic Limited, Citic Capital Holdings, Carlyle Group dan McDonald akan membentuk sebuah syarikat yang akan bertindak sebagai pemegang francais untuk perniagaan rantaian di tanah besar China dan Hong Kong selama 20 tahun, berkata syarikat-syarikat dalam satu kenyataan bersama.

Citic adalah konglomerat milik negara China yang luas dengan kepentingan dalam perniagaan yang terdiri daripada tenaga dan pembuatan dengan hartanah.

Penduduk setempat ketika berkunjung ke restoran McDonald di Beijing kelmarin. Makanan segera gergasi AS McDonald akan menjual pegangan kawalan dalam perniagaan China dan Hong Kong sehingga AS$ 2.08 bilion kepada sebuah konsortium. – AFP
Penduduk setempat ketika berkunjung ke restoran McDonald di Beijing kelmarin. Makanan segera gergasi AS McDonald akan menjual pegangan kawalan dalam perniagaan China dan Hong Kong sehingga AS$ 2.08 bilion kepada sebuah konsortium. – AFP

Ia berkata dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Hong Kong bahawa pembelian akan mendalamkan pendedahannya kepada sektor pengguna China, ‘yang dijangka menjadi pemacu utama ekonomi China selama beberapa dekad yang akan datang’.

Rantaian burger tahun lalu mengumumkan rancangan untuk menjual lebih daripada 2,600 restoran di China dan Hong Kong, selepas jualan tergugat berikutan dengan ketegangan di Laut China Selatan yang menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat AS di negara ini. Perniagaan China yang juga menerima tamparan pada 2014 selepas skandal keselamatan makanan yang melibatkan salah satu pembekal daging. – AFP