Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    McDonald’s Brunei anjur ceramah motivasi

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    Gambar McDonald’s Brunei

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – McDonald’s Brunei, kelmarin, telah mengadakan ceramah motivasi bagi pengurus-pengurus dan kakitangan Makan Ceria Sdn Bhd di McDonald’s Pandu Lalu Jerudong.

    Ceramah motivasi yang dihadiri lebih 20 orang peserta itu telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor yang menekankan mengenai muhasabah diri sendiri yang mana setiap individu perlu bermuhasabah diri dalam apa jua perkara yang dilakukan dan dihadapi terutama sekali ketika berdepan waktu sukar.

    Haji Ali Yusri bagaimanapun turut menitikberatkan agar para peserta sentiasa memanjat rasa syukur kepada ibu bapa dan tidak lupa untuk memohon restu.

    Haji Ali Yusri bergambar ramai bersama pengurus dan kakitangan Makan Ceria Sdn Bhd.
    Haji Ali Yusri bergambar ramai bersama pengurus dan kakitangan Makan Ceria Sdn Bhd.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda