Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    McDonald’s Brunei iktiraf pencapaian wanita

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Bagi mengiktiraf dan meraikan pencapaian wanita serta mempromosikan kesaksamaan jantina dalam semua aspek kehidupan, McDonald’s Brunei telah mengadakan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) dengan tema #EmbraceEquity, kelmarin.

    Sehubungan itu, semua kedai McDonald’s di Brunei telah dihias dengan tema ungu, yang merupakan warna rasmi IWD.

    Selain itu, McDonald’s Brunei cawangan Airport Mall telah dikendalikan oleh kakitangan wanita sepanjang hari tersebut, mempamerkan komitmen syarikat untuk menyediakan peluang yang sama untuk semua.

    Di samping itu, McDonald’s Brunei turut memberikan coklat kepada semua kakitangan wanita di seluruh cawangannya sebagai tanda penghargaan atas kerja keras dan dedikasi mereka.

    Semua kakitangan juga memakai lencana dengan mesej ‘Kami menerima pencapaian wanita’ dan ‘Kami meraikan impak hebat wanita’.

    Kakitangan McDonald’s Brunei cawangan Airport Mall bergambar ramai sempena IWD, baru-baru ini.

    Ketua Pemasaran McDonald’s Brunei, Filah Salleh berkata bahawa mereka berbangga kerana dapat meraikan IWD.

    “Kami komited untuk menyediakan peluang yang sama rata untuk wanita dalam tenaga kerja kami dan mempromosikan kesaksamaan jantina dalam masyarakat kami,” tambahnya.

    IWD ialah acara tahunan global yang meraikan pencapaian sosial, ekonomi, budaya dan politik wanita.

    McDonald’s Brunei berbangga untuk menyertai komuniti global dalam mengiktiraf kepentingan sumbangan wanita dan menyokong kesaksamaan jantina.

    Unit Perniagaan McDonald’s Asia telah menganjurkan satu lagi kerjasama, di mana pasaran yang mengambil bahagian termasuk Filipina, Barat Daya India, Thailand, Indonesia dan Timur Laut India, telah memilih seorang pekerja McDonald’s yang telah memberi impak yang ketara bukan sahaja dalam kerja harian mereka, tetapi juga dalam mengimbangi masa mereka bersama keluarga.

    Pasaran itu telah mengemas kini paparan profil mereka untuk menyokong hari istimewa itu.

    Untuk menyaksikan secara eksklusif di sebalik tabir ‘superwoman’ mereka, Ketua Rantaian Bekalan, Dayang Norizzah binti Haji Usup dan kerja sehariannya, bolehlah melayari laman Instagram McDonald’s Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...