Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    McDonald’s lancar Best Burger

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – McDonald’s Brunei baru-baru ini telah melancarkan Best Burger, untuk memperkenalkan inisiatif global rantaian makanan segera itu mengenai bagaimana burger-burger asas McDonald’s diolah semula.

    Inisiatif berkenaan adalah bagi meningkatkan persepsi pelanggan dengan menyampaikan rasa dan kualiti lebih baik di seluruh burger asasnya yang termasuk Double Cheeseburger, Big Mac dan Quarter Pounder dengan Keju, pada nilai dan kepantasan yang dijangkakan pelanggan.

    Ketua Operasi Kanan Makan Ceria Sdn Bhd, Awang Sahrizam bin Haji Samat bersama kesemua empat Pengurus Besar Restoran McDonald’s dari Gadong, Jerudong, Lambak dan Airport Mall telah melancarkan acara dengan mendedahkan grafik rasmi Best Burger.

    Ketua Pemasaran Makan Ceria, Dayang Hafilah binti Salleh dipetik berkata, “Kami telah merancang bagi Best Burger sejak 2021 dan akhirnya pada 2022, McDonald’s Brunei adalah pasaran kelima dalam Unit Perniagaan Asia yang melancarkannya.”

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keghairahan McDonald’s terhadap bahan-bahan sebenar dan penyediaan segar membawa tetamu merasai kesempurnaan. Acara itu dilengkapkan dengan menjemput pempengaruh-pempengaruh media sosial untuk merasai perbezaan antara Gold Standard sedia ada dan burger yang diolah semula supaya mereka dapat merasai sendiri perubahan itu.

    Pengalaman tambahan dibawa dengan membenarkan mereka menyaksikan perubahan dalam proses memasak di dapur McDonald’s.

    Awang Sahrizam melancarkan Best Burger pada majlis yang diadakan baru-baru ini.
    Gambar ramai kakitangan McDonald’s bersama pengamal media tempatan pada acara tersebut.
    Burger yang telah diolah semula.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...