McDonald’s perkenal hidangan terbaharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Bagi mempelbagaikan lagi hidangan kepada pelanggan, McDonald’s Brunei membawakan beberapa hidangan terbaharu yang kini boleh didapati di ketiga-tiga cawangannya iaitu di McDonald’s Gadong, McDonald’s Pandu Lalu Jerudong, dan McDonald’s Lambak.

Hidangan berkenaan termasuklah masakan Indonesia, Nasi Uduk iaitu beras wangi yang dimasak dengan santan dan serai, dengan bawang merah goreng dan telur hancur. Nasi Uduk juga datang bersama sambal terasi pedas.

Pilihan Nasi Uduk bersama Ayam Goreng McD pula boleh didapati dengan pilihan satu atau dua kerat Ayam Goreng McD.

Di samping itu, McDonald’s Brunei turut memperkenalkan McD Fish & Fries dan McD Fish Bites.

McD Fish & Fries boleh didapati dengan pilihan satu atau dua keping ikan goreng berserta set hidangan atau ala carte. Semua promosi boleh didapati di semua cawangan McDonald’s Brunei Darussalam bagi makan ‘dine-in’, bawa balik, melalui pandu lalu dan juga penghantaran ‘McDelivery’.

Nasi Uduk McD, McD Fish & Fries dan McD Fish Bites merupakan hidangan terbaharu yang diperkenalkan McDonald’s Brunei. – Gambar oleh Muiz Matdani