Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    McDonald’s rasmi cawangan ke-4

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Rangkaian makanan segera terkemuka McDonald’s telah pun merasmikan cawangan keempatnya pada acara yang berlangsung kelmarin di hadapan bangunan Airport Mall.

    Perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Makan Ceria Sdn Bhd, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan, dan disertai oleh ahli Lembaga Pengarah berserta Sharon Ng yang merupakan wakil dari Unit Perniagaan Asia McDonald’s, dan dihadiri oleh rakan-rakan kongsi dan pihak-pihak berkepentingan Makan Ceria Sdn Bhd.

    Pemangku Pengurus Besar Makan Ceria Sdn Bhd, Haji Muhammad Munir Syafiq bin Dato Paduka Haji Metassan dalam ucapannya mengongsi bahawa mereka mempunyai pasukan yang terdiri daripada orang yang hebat dan berdedikasi, menerapkan nilai teras McDonald’s setiap hari apabila melayani pelanggan mereka.

    “Kami sentiasa mencari cara untuk melayan tetamu kami dengan lebih baik, bukan sahaja melalui hidangan yang lazat dan tawaran kami, tetapi juga dalam cara kami memastikan pelanggan meraih pengalaman makan yang hebat di restoran ini,” jelasnya.

    Menurut beliau, Makan Ceria Sdn Bhd sedang dalam perjalanan pertumbuhan yang dipercepatkan, dengan rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan dalam beberapa tahun akan datang.

    “Dengan ini, kami berusaha untuk menjadi tonggak dalam komuniti tempat kami beroperasi, dan pada masa yang sama menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan belia kita, memberi impak positif kepada masyarakat serta menghubungkan semula para pelanggan melalui Feel-Good Moments,” tambahnya.

    Cawangan itu mempunyai muatan 76 tempat duduk dan menyasarkan bukan sahaja pelanggan Airport Mall, malahan orang awam yang bekerja di pejabat kerajaan dan penduduk di sekeliling kawasan komersial itu.

    Pada majlis perasmian itu, mural dibuat oleh para pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam turut dipamerkan dan dilawati para hadirin. Projek itu merupakan sebahagian daripada program community outreach McDonald’s Brunei.

    Selain itu, dalam usaha menyokong masyarakat, sebuah peti derma juga telah disediakan di Cawangan Airport Mall khas untuk salah satu badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.

    Awang Edzwan Zukri bersama-sama warga pengurusan merasmikan cawangan ke-4 McDonald’s di hadapan bangunan Airport Mall. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...