Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    McDonald’s Taiwan gantung penjualan hash brown akibat gangguan bekalan

    TAIPEI, 7 JAN – McDonald’s Taiwan hari ini berkata beberapa cawangannya kehabisan bekalan import hash brown dari Amerika Syarikat (AS) dan akan menggantungkan penjualannya disebabkan ‘rantaian penghantaran global yang tidak stabil’.

    Syarikat berkenaan meletakkan papan tanda di bahagian depan kedai untuk memaklumkan penggantungan penjualan tersebut manakala hidangan yang disenaraikan ‘tidak ada buat sementara waktu’ di dalam menu mereka.

    “Terdapat kekurangan bekalan hash brown di restoran McDonald’s dan penjualannya akan digantungkan sementara selepas ianya habis dijual,” menurut kenyataan yang dikongsikan dalam laman web syarikat.

    “Kami ingin berterima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka dan kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul,” tambahnya.

    McDonald’s Taiwan berkata ia menyasarkan untuk menyambung semula penjualan hash brown separuh masa kedua bulan ini selepas mendapatkan semula bekalan, dan menambah penjualan kentang goreng adalah ‘seperti biasa’.

    Kekurangan rantaian bekalan melanda seluruh dunia semasa pandemik koronavirus yang memberi kesan kepada semua sektor termasuk bahan binaan, kayu dan makanan serta buku, cip makro dan elektronik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...