Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    McGregor: Mayweather akan makan ‘penumbuk’

    LOS ANGELES, 17 Ogos – Conor McGregor percaya dia akan menewaskan Floyd Mayweather dalam dua pusingan tetapi bersedia bagi semua senario apabila kedua petinju itu akan bertarung dalam pertarungan yang ditunggu–tunggu minggu depan.

    Bintang MMA dari Ireland itu memberitahu wartawan pada sidang media semalam bahawa pertukaran kontroversi kepada sarung tangan yang lebih ringan akan membawa kepada hasil yang menarik dalam pertarungan pada 26 Ogos di Las Vegas.

    McGregor, yang pada masa ini dilihat sebagai petinju bawahan menentang bekas raja welterweight yang belum pernah kalah, Mayweather, meramalkan akan berakhir lebih awal dalam pertarungan itu.

    “Terutamanya dengan sarung tangan seberat lapan auns, saya tidak percaya dia akan bertahan ke pusingan kedua,” kata McGregor, bagaimanapun menyuarakan harapan bahawa pertarungan itu akan berpanjangan.

    “Saya tidak rasa orang ramai akan berkata ‘Oh, ia adalah tumbukan nasib’ dan serupa itu. Sebahagian saya berharap mungkin dia boleh bertahan jadi saya boleh menunjukkan sebahagian kemahiran dan menewaskannya.

    Conor McGregor menjalani latihan ketika bersama media pada 11 Ogos 2017, di Las Vegas. Dia berkata mampu menewaskan Mayweather dalam dua pusingan dalam pertarungan mereka yang bakal berlangsung pada 26 Ogos ini. - AP
    Conor McGregor menjalani latihan ketika bersama media pada 11 Ogos 2017, di Las Vegas. Dia berkata mampu menewaskan Mayweather dalam dua pusingan dalam pertarungan mereka yang bakal berlangsung pada 26 Ogos ini. – AP

    “Tetapi saya tidak melihat dia dapat menerima tumbukan dalam beberapa pusingan awal.”

    Petinju berkarisma berusia 29 tahun itu berkata kem latihan itu telah membawanya ke ‘neraka dan kembali’ dan memastikannya bersedia untuk menghadapi apa juga bentuk senario di dalam gelanggang T-Mobile Arena.

    “Tidak mungkin saya tidak bersedia untuk menentang dalam kesukaran pertarungan ini,” kata McGregor.

    “Saya bersedia bagi kedua–dua senario. Saya bersedia untuk pergi berperang selama 12 pusingan dan saya bersedia untuk menumbangkannya lebih awal.”

    Presiden Ultimate Fighting Championship, Dana White juga percaya pertukaran sarung tangan itu akan menghasilkan keputusan menarik dalam pertarungan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda