Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

McIlroy dahului Cabaran Golf Dunia

-

MIAMI, 3 DIS – Rory McIlroy mencatatkan enam di bawah par 66 untuk berkongsi kedudukan pendahulu bersama wakil Amerika Syarikat (AS), Daniel Berger dan Abraham Ancer dari Mexico pada pusingan pertama Cabaran Dunia Hero kali ke-22.

McIlroy, juara empat kali kejuaraan utama, beraksi di kejohanan jemputan 20 pemain itu buat kali pertama sebelum berjaya berkongsi kedudukan teratas di Albany, Bahamas.

Tiga lagi pemain AS, Webb Simpson, Brooks Koepka dan Justin Thomas berkongsi kedudukan keempat selepas melakukan 67 pukulan, tatkala Thomas terkeluar dari kelompok pendahulu disebabkan melakukan double bogey pada hujung permainan.

Kejohanan itu menampilkan 17 pemain yang berada dalam kelompok 25 terbaik dunia dan tidak dipertandingkan tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Pemain Sweden, Henrik Stenson, yang menduduki ranking ke-179 dunia mempertahankan kejuaraan 2019.

McIlroy, pemain nombor lapan dunia, membenam tiga birdie pada lima lubang pertama namun sedikit terganggu selepas mencatat double bogey di lubang kesembilan.

Bintang Ireland Utara berusia 32 tahun itu bangkit kembali pada sembilan lubang terakhir dengan melakukan birdie berturut-turut dan membenam eagle di lubang ke-14.

“Saya sangat bangga dengan permainan saya selepas kesilapan double bogey. Saya bermain pada sembilan lubang terakhir dengan catatan lima bawah par. Ia tindak balas yang baik selepas prestasi menurun sedikit,” katanya.– AFP

Aksi RoryMcIlroy di lubang kesembilan semasa pusingan pertama kejohanan Cabaran Dunia di Padang Golf Albany pada 2 Disember di Nassau. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -