Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    McIlroy harap Mickelson kembali beraksi

    MIAMI, 3 MAC – Rory McIlroy berkata semalam dia menjangka pemenang enam kali, Phil Mickelson akan melupakan komen mengenai kejohanan Super League yang menyebabkannya kehilangan penaja dan kembali ke perlawanan Jelajah PGA AS.

    Bintang Ireland Utara itu adalah antara pemain yang mengkritik komen Mickelson, seperti yang disampaikan oleh penulis Alan Shipnuck menerusi laman web Fire Pit Collective.

    Mickelson, 51, menggelar rakan Saudi itu ‘menakutkan’ namun berkata dia boleh memaafkan apa yang dianggapnya sebagai ‘rekod teruk mengenai hak asasi manusia.’

    Dia mengecam ‘taktik mendesak’ pesuruhjaya Jelajah AS, Jay Monahan, berkata dasar kewangan jelajah tidak memberikan pemain peluang memperoleh wang yang sepatutnya.

    Berikutan itu beberapa penaja menggugurkan Mickelson dan rakan Jelajah PGA AS mengkritiknya.

    Namun semasa bercakap kepada wartawan semalam sebelum kejohanan Arnold Palmer di Bay Hill di Orlando, Florida, McIlroy menunjukkan tanda berdamai.

    “Ia dikesali,” kata McIlroy. “Saya fikir Phil telah menjadi duta hebat untuk permainan golf, masih seorang duta hebat.”

    Ketika meminta maaf atas komennya, Mickelson mengakui ia bersifat ‘cuai’ tetapi menambah dia percaya dia mengatakannya secara tidak rasmi dan berkata dia akan bersara daripada golf.

    “Kita semua melakukan kesilapan,” tambah McIlroy. “Kita semua pernahberkata perkara yang ingin kita tarik balik. Tidak ada sesiapa yang terkecuali. Namun kita harus dibenarkan membuat kesilapan dan dibenarkan meminta maaf serta meneruskan dari sana. Mudah-mudahan dia akan kembali ke Jelajah PGA AS pada satu masa nanti.” – AFP

    Aksi Rory McIlroy semasa memukul di lubang pertama pada kejohanan Arnold Palmer di Padang Golf Bay Hill Palmer di Orlando pada 2 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...