Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    McIlroy harap Woods beraksi di Masters

    WASHINGTON, 31 MAC – Rory McIlroy berkata dia ingin melihat Tiger Woods beraksi di Masters minggu depan, walaupun itu akan menyukarkannya untuk melengkapkan karier Grand Slam.

    “Ia akan menjadi sesuatu yang hebat untuk dia berada di sana,” kata McIlroy semalam.

    Juara kejohanan utama empat kali dari Ireland Utara itu, adalah antara pemain yang akan beraksi di Terbuka Texas US PGA di TPC San Antonio sebagai penyertaan terakhir untuk kejohanan besar pertama tahun ini di Augusta National.

    Woods, yang mengalami kecederaan yang teruk pada kaki kanan dalam kemalangan kereta pada Februari 2021, menjalani latihan 18 lubang di Augusta National pada Selasa, menguji kecergasannya untuk bersaing merebut mahkota Masters keenamnya.

    Woods tidak bermain sejak Masters 2020 sehingga November kerana COVID.

    Dia menghabiskan masa selama 13 bulan untuk proses pemulihan daripada nahas itu dan berkata dia bernasib baik kerana masih hidup dan kakinya tidak dipotong tetapi tidak memberitahu bila dia akan kembali.

    McIlroy, yang hanya memerlukan jaket hijau Masters untuk melengkapkan karier Grand Slam, tidak sabar untuk beraksi minggu depan di Georgia.

    “Saya fikir untuk golf dan untuk kejohanan Masters dan untuk semua orang, dapat melihat Tiger di sana akan menjadi fenomena yang luar biasa,” kata McIlroy. “Ia menambah suasana acara. Apa-apa yang dilakukan Tiger Woods dalam kejohanan golf menjadi tumpuan pada bila-bila masa dia berada di sana.

    “Dia berada di sana semalam dan dia cuba melakukan apa yang mampu dilakukannya.

    Jelasnya tidak ada sesiapa yang tahu kecuali dirinya sama ada dia mampu melakukannya dan sama ada dia percaya dia dapat bertanding.”

    Woods, 46, telah pun melengkapkan salah satu kisah kepulangan terbesar dalam sukan dengan memenangi Masters 2019 untuk kejuaraan major karier ke-15 dan yang pertama sejak Terbuka AS 2008. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...