Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    McIlroy langkah kanan

    LOS ANGELES, 3 Mei – Pemain Ireland Utara, Rory McIlroy kembali ke zon selesa di Kejuaraan Wells Fargo, melakukan lima bawah par 66 untuk berkongsi di kedudukan teratas pusingan pertama bersama Joel Dahmen.

    McIlroy memperoleh kejayaan Jelajah USPGA yang pertama dalam kariernya di lapangan golf Quail Hollow pada 2010 dan menjadi pemain tunggal menjuarai kejayaan di situ sebanyak dua kali.

    Selepas mencatat par di sembilan lubang pertama, McIlroy mendahului kedudukan pemain di sembilan lubang terakhir di Charlotte, North Carolina dengan lima bawah par 31 selepas mencatat lima birdie sepanjang tujuh lubang.

    “Lapangan golf itu melalui beberapa perubahan sejak kami datang ke sini, tetapi setiap kali mereka mengubahnya di sini atau sana, anda tahu ia masih tempat yang sama dan sesuai dengan saya,” kata McIlroy.

    “Saya rasa ia adalah lapangan golf paling asli kami pernah bermain selama ini daripada segi persiapan dan bagaimana mereka menjaganya.

    McIlroy menamatkan saingan berkongsi di kedudukan ke-21 di The Masters tahun ini selepas berada di kelompok 10 terbaik dalam tujuh kejohanan PGA berturut-turut.

    Sepanjang tempoh itu dia merangkul kemahkotaan Kejuaraan Pemain-Pemain buat kali pertama.

    Ini juga adalah kali kelima McIlroy mendahului selepas satu pusingan di Quail Hollow, melepasi rekod yang dicatat Tiger Woods.

    Sebelum ini, McIlroy tidak mendahului pada pusingan pertama ketika kejayaannya memenangi Wells Fargo. Dia ketinggalan lima pukulan pada edisi 2015 dan juga tujuh pukulan di belakang pada tahun 2010. – AFP

    Rory McIlroy membuat pukulan dari lubang ke-18 pada pusingan pertama Kejuaraan Wells Fargo di Quail Hollow, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda