McIlroy tolak aksi tanpa peminat

LOS ANGELES, 22 APRIL – Pemain nombor satu dunia Rory McIlroy kelmarin menyuarakan pendapatnya untuk menolak idea bermain di Piala Ryder tahun ini tanpa peminat.

Dengan musim global kini dalam kekecohan disebabkan oleh pandemik koronavirus, pentadbiran perlawanan sedang mempertimbangkan senario kemungkinan untuk mengadakan semula kejohanan.

Bagi penganjur Piala Ryder, yang akan mengambil tempat di Whistling Straits, Wisconsin pada 25 hingga 27 September, telah membuat kajian kemungkinan perlawanan diadakan tanpa kehadiran peminat.

Ketua eksekutif PGA, Seth Waugh mendedahkan awal minggu ini bahawa pegawai-pegawai sedang melihat kemungkinan untuk mereka ‘pengalaman peminat maya’ untuk pertembungan yang sengit antara pasukan dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Waugh walau bagaimanapun berkata bahawa Piala Ryder tanpa penonton adalah ‘sesuatu yang sukar digambarkan,’ dan mengatakan bahawa mereka adalah bahagian yang penting dan tontonan golf yang sering dinanti-nanti.

Gambar fail 29 September 2019 menunjukkan McIlroy ketika membuat pukulan di Piala Ryder edisi ke-42, Paris. McIlroy menolak idea beraksi di Piala Ryder tahun ini tanpa peminat semasa siaran langsung menerusi Instagram. – AFP

McIlroy berkata semasa siaran langsung menerusi Instagram untuk penaja TaylorMade berkata dia lebih rela melihat kejohanan tahun ini ditunda untuk setahun lagi daripada tiada peminat.

“Saya mempunyai pendapat yang berlawanan. Saya memahami implikasi kewangan bagi semua yang terlibat – banyak perkara yang diperlukan semasa Piala Ryder yang orang ramai tidak semestinya mengetahui atau menghargai – tetapi mengadakan Piala Ryder tanpa peminat adalah bukan Piala Ryder,” McIlroy berkata.

“Bagi saya, saya lebih rela mereka menunda sehingga 2021 daripada bermain di Whistling Straits tanpa peminat.

Dan itu bagi pasukan Eropah yang menuju ke Amerika, mengetahui yang saya bakal didera!

“Yang jelas ia adalah lebih baik untuk pasukan Eropah bagi bermain tanpa peminat kerana kami tidak perlu mempedulikan sebahagian perkara yang anda selalu fikirkan – tetapi pada masa yang sama ia bukanlah Piala Ryder.” – AFP