McLaren kekalkan Sainz, Norris

LONDON, 10 JULAI – McLaren akan mengekalkan gandingan pemandu yang sama bagi musim Formula Satu (F1) 2020 selepas mengesahkan Carlos Sainz dan Lando Norris akan mengekalkan kerusi mereka tahun depan.

“McLaren teruja untuk mengesahkan bahawa Carlos Sainz dan Lando Norris akan terus menjadi pemandu McLaren F1 bagi musim F1 FIA 2020,” menurut kenyataan McLaren.

“Gandingan ini bekerjasama dengan baik bersama pasukan dalam tempoh sembilan bulan ketika McLaren dalam laluan pemulihan,” tambahnya.

Norris berkata dia gembira dengan permulaan positifnya untuk berlumba dalam F1.

“Ia bagus untuk mengetahui bahawa McLaren mempunyai kepercayaan pada saya, dan dengan mengatakan bahawa saya telah melakukan tugas yang baik setakat ini,” kata Norris, yang mencapai empat penamat 10 teratas dalam sembilan perlumbaan musim ini.

Sementara itu, Sainz, yang lebih berpengalaman bergelut musim ini apabila menamatkan tiga perlumbaan pertama di luar mata, tetapi bangkit semula dalam enam perlumbaan terakhir.

Ketua Pasukan McLaren, Andreas Seidl berkata, “Carlos telah memainkan peranan penting dalam pemanduan menggunakan pengalamannya.” – AFP

Gambar fail bertarikh 26 April 2019 menunjukkan Lando Norris ketika menjalani latihan di Baku, Azerbaijan. Carlos Sainz dan Lando Norris akan kekal sebagai pemandu McLaren bagi musim 2020. – AP