McTominay kekal bersama United

LONDON, 23 JUN – Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay telah menandatangani perjanjian kontrak baharu yang akan mengekalkannya bersama kelab sehingga 2025, kelab itu mengumumkan semalam.

Pemain dari akademi berusia 23 tahun itu membuat penampilan sulung pada tahun 2017 dan telah membuat 75 penampilan untuk pasukan dan menjaringkan enam gol.

“Walaupun saya memahami bahawa kita semua mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan pada masa ini, saya sangat gembira menandatangani kontrak ini dan memainkan peranan pada masa depan untuk pasukan ini,” kata pemain antarabangsa Scotland itu. – AFP