Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    MEASAT beri manfaat Malaysia, negara lain

    KUALA LUMPUR, 22 JUN – Satelit MEASAT-3d baharu dijangka memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia malah negara lain termasuk Indonesia dan India.

    Profesor Adjung Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Tharek Abd Rahman berkata dengan kapasiti yang telah dipertingkat menerusi satelit baharu itu, ketersambungan kualiti jalur lebar yang lebih baik dapat dikecapi negara-negara terlibat.

    “Jejak satelit MEASAT-3d bakal meliputi 42 peratus liputan penduduk dunia (bumi) dan memandangkan semua negara mempunyai transponder berbeza dalam satelit yang sama, transponder khusus satelit itu boleh dipancarkan ke negara masing-masing dan kita juga dapat menerima isyarat.

    “Kita akan memperoleh kualiti yang lebih baik dari segi ketersambungan juga perkhidmatan jalur lebar, bukan hanya membabitkan penyiaran dan telekomunikasi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditanya mengenai pelancaran satelit MEASAT-3d, yang dijadual dilancarkan dari tapak pelancaran Agensi Angkasa Eropah di Guiana Perancis, Amerika Selatan pada 5:03 pagi, 23 Jun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...