Medetech sokong usaha kerajaan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk membantu kerajaan menangani penularan pandemik COVID-19 di Brunei, Medetech Sdn Bhd telah menyumbangkan satu unit mesin ETCO2POD/Sensor dan satu unit Drager Monitor (Model Delta).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, sumbangan berkenaan disampaikan di Lobi, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong, kelmarin.

Sumbangan disampaikan oleh Jurutera Servis Kanan, Medetech Sdn Bhd, Rameshkumar Velusamy dan menerima bagi pihak Kementerian Kesihatan ialah Pemangku Pegawai Kesihatan Kanan, Hospital PMMPMHAMB, Awang Abdul Mu’iz bin Haji Ibrahim.

Awang Abdul Mu’iz (kiri) menerima sumba-ngan Medetech Sdn Bhd daripada Rameshkumar Velusamy (kanan). – Gambar serahan Kementerian Kesihatan