Media gesa EU perangi berita palsu di internet

BRUSSELS, 15 JUN – Badan penyiaran, penerbitan termasuk wartawan menggesa Kesatuan Eropah (EU) segera melaksanakan serta mengambil langkah ‘lebih ketat’ bagi memerangi berita palsu di media sosial khususnya Google dan Facebook.

Kesatuan Wartawan Eropah, Majlis Penerbit Eropah dan Persatuan Televisyen Komersial Eropah (ACT) menandatangani deklarasi bersama supaya berita palsu berkaitan pandemik COVID-19 segera ditangani.

Mereka berkata kemunculan berita palsu ketika pandemik itu memberi impak yang mengecewakan dalam usaha memastikan kesihatan awam terjaga.

Mereka mendakwa ‘kod praktis terbaik’ yang ditandatangani oleh platform internet 2018 kini ‘mempamerkan sumber yang tidak tepat sehingga mengakibatkan wujudnya banyak berita tidak betul dalam internet’.

“Timbulnya keperluan untuk mengambil tindakan lebih efektif demi mengatasi isu ini,” kata mereka yang menjelaskan Eropah kini terlalu bergantung pada pihak tertentu.

Antara langkah yang digesa adalah sekatan bagi memastikan kod praktis itu sentiasa dipatuhi.

Ia seharusnya diambil dan bukan hanya media sahaja dikenakan penalti malah hak dan kebebasan media juga terjamin.

EU pada minggu lalu menggesa firma gergasi internet supaya mengambil tindakan yang lebih dalam usaha untuk melawan kehadiran banyak berita palsu akibat wabak berkenaan. – AFP