Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Media Permata, JPKE ke separuh akhir

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Muiz Matdani

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Pasukan Futsal Media Permata mara ke separuh akhir setelah berjaya menjuarai Kumpulan C dalam Kejohanan Futsal Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan ke-65.

    Dalam perlawanan peringkat Kumpulan C dan D yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam petang kelmarin, Pasukan Media Permata meraih tiga kemenangan dan seri satu perlawanan untuk mara ke separuh akhir menentang juara Kumpulan A, Pasukan Polis Diraja Brunei pada 21 Mei ini nanti.

    Manakala Pasukan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) muncul juara dalam Kumpulan D. Sekali gus menempah slot mereka dalam separuh akhir kedua yang akan menyaksikan Pasukan JPKE akan bertemu dengan Pasukan Jabatan Perdana Menteri.

    Barisan pemain Pasukan Futsal Media Permata yang menyertai kejohanan tersebut.
    Barisan pemain Pasukan Futsal Media Permata yang menyertai kejohanan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda