Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Media sosial gagal bertindak diskriminasi anti-Islam

    NEW YORK, 6 MEI – Syarikat media sosial gergasi gagal bertindak ke atas 89 peratus siaran yang mengandungi elemen kebencian terhadap Islam dan kandungan Islamofobia yang dilaporkan menerusi platform mereka, lapor Agensi Anadolu.

    “Laporan itu mendedahkan syarikat media sosial, termasuk Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, dan YouTube, gagal bertindak ke atas 89 peratus siaran yang mengandungi kebencian anti-Islam dan kandungan Islamofobia yang dilaporkan,” menurut Pusat Membendung Kebencian Digital (CCDH).

    Dalam satu kenyataan bersama pada 2019, Meta, Twitter dan Google komited menyokong seruan Christchurch untuk menghapuskan kandungan dalam talian yang mempunyai unsur pengganas dan pelampau.

    Gergasi media sosial menyatakan ‘komitmen mereka untuk memastikan semua langkah yang perlu dilakukan bagi memerangi kebencian dan ekstremisme yang membawa kepada kegiatan pengganas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -