Medvedev atasi Zverev dalam ATP Finals

TURIN, ITALI, 17 NOV – Juara bertahan, Daniil Medvedev semakin hampir beraksi di pusingan empat pemain terakhir di peringkat final ATP kelmarin setelah menyingkirkan Alexander Zverev 6-3, 6-7 (3-7), 7-6 (8-6) dalam perlawanan dramatik di Turin.

Pilihan kedua dari Rusia, Medvedev terlepas dua mata perlawanan dalam set penentuan yang mendebarkan sebelum memenangi perlawanan.

“Pastinya salah satu perlawanan yang perlu diingati,” kata pemenang Terbuka AS itu, yang menewaskan pemain Poland, Hubert Hurkacz dalam pertembungan pembukaan kumpulannya.

Medvedev kini mendahului Zverev 6-5 dalam pertembungan mereka, setelah juga menewaskannya pada peringkat round-robin tahun lalu.

“Kadang-kadang begitulah tenis,” tambahnya. “Awda hanya cuba melakukan yang terbaik. Kadang-kadang nasib menyebelahi awda, kadang-kadang tidak.”

Reaksi pemain Rusia, Daniil Medvedev meraikan kemenangan selepas menewaskan Alexander Zverev kelmarin. – AFP

Medvedev belum lagi dijamin tempat separuh akhir, kerana kekalahan terhadap pemain ganti, Jannis Sinner dalam perlawanan akhir kumpulannya akan menyebabkan dia setanding dengan pemain muda Itali itu dan Zverev, sekiranya pemain Jerman itu mengalahkan Hurkacz.

Di hadapan penonton yang ramai di arena Pala Alpitour kelmarin, Medvedev memenangi set pertama hasil mata penentu dalam permainan servis pembukaan Zverev dan juga menyelamatkan tiga mata penentu.

Medvedev menyelamatkan mata penentu dalam permainan ke-11 set penentuan untuk membantu memaksa meraih mata penentu lagi, di mana dia bangkit daripada ketinggalan 4-2 untuk mendahului 6-4.

Dia melihat dua mata perlawanan datang dan akhirnya meraih kemenangan penting selepas lebih dua setengah jam di gelanggang. – AFP