Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Medvedev balas ejekan

    CINCINNATI, 15 OGOS – Pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev berkata dia tidak mempunyai pilihan selain membalas ejekan kepada penonton tenis yang mengejeknya selepas kekalahan kepada Nick Kyrgios di Montreal, minggu lalu.

    Video mengenai kejadian itu telah tular di media sosial.

    Medvedev berkata dia bersedia untuk bermula sebagai pilihan utama di ATP Cincinnati Masters, enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dia katakan kepada penonton muda yang mengejeknya ‘kalah’.

    Tetapi dia berkata dia terpaksa bertindak apabila penghinaan itu datang daripada orang yang berdiri bersama sekumpulan peminat di pintu masuk ke bilik persalinan.

    Saya kecewa selepas tewas dalam perlawanan (tiga set kepada Kyrgios),” kata Medvedev.

    “Tapi apabila seseorang mengejek saya, saya akan membalas. “Adalah tidak baik untuk membiarkan orang menjerit perkara buruk kepada saya dan terus berjalan.

    “Saya akan tanya apa masalah yang dihadapinya.”

    Medvedev juga menyoal bapa kepada budak yang juga menyertai sama mengejeknya.

    “Bapa budak itu juga berkata sesuatu kepada saya – saya memberitahunya supaya mengajar anaknya. Saya tidak akan membiarkan orang mempersenda-sendakan saya.” – AFP

    Daniil Medvedev menjawab soalan dari media di Pusat Tenis Lindner Family di Mason, Ohio pada 14 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...