Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Medvedev buru gelaran Terbuka Miami

    MIAMI, 22 MAC – Daniil Medvedev akan berusaha merebut kembali ranking pemain nombor satu dunia sementara pemain pilihan pertama Aryna Sabalenka mengejar pusingan final pertamanya dalam 10 bulan di kejohanan ATP dan WTA Terbuka Miami.

    Perlawanan lelaki bermula esok manakala saingan wanita bermula hari ini dalam kejohanan gelanggang keras di Stadium Hard Rock, di mana pemain pilihan teratas menerima kekecualian bertanding dalam pusingan pertama.

    Pemain Serbia, Novak Djokovic berpindah ke kedudukan teratas ranking pada minggu ini, menyingkirkan juara bertahan Terbuka AS, Medvedev selepas kekal selama tiga minggu berikutan penyingkiran pusingan ketiganya di Indian Wells.

    Pemain Rusia berusia 26 tahun, pemenang kedua sejak dua Terbuka Australia, akan kembali ke ranking teratas dengan saingan separuh akhir di Miami.

    Medvedev hanya memasuki suku akhir Miami pertamanya pada tahun lalu, apabila dia tewas kepada Roberto Bautista Agut, maka tempat empat terakhir akan menandakan prestasi terbaiknya di Miami.

    Dan Medvedev berpotensi menempah pusingan kedua dengan bekas pemain nombor satu dunia Andy Murray, dengan syarat pemain Britain itu berjaya mengatasi pemain Argentina Federico Delbonis.

    Murray, pemain Scotland berusia 34 tahun dan juara Grand Slam tiga kali, memenangi gelaran Miami pada 2009 dan 2013 tetapi tewas dalam satu-satunya pertemuan dengan Medvedev di Brisbane pada 2019. Juga dalam undian Medvedev adalah juara bertahan Hubert Jurkacz dari Poland.

    Pemain Jerman Zverev merupakan pemain pilihan kedua dengan pemain Greece Stefanos Tsitsipas ketiga dan pemain Itali Matteo Berrettini pilihan keempat. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Daniil Medvedev memulakan servis kepada Gael Monfils dari Perancis di kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas di Indian Wells, California pada 14 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...