Medvedev cipta kejutan ke final

CINCINNATI, 18 OGOS – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, gagal menangani tekanan daripada Daniil Medvedev apabila tewas 3-6, 6-3, 6-3 kepada pemain pilihan kesembilan dari Rusia itu pada aksi separuh akhir Cincincati Masters.

Kemenangan mengejut Medvedev itu telah meletakkannya bagi perebutan gelaran dengan seorang lagi finalis yang tidak disangka-sangka, David Goffin, yang menewaskan Richard Gasquet 6-3, 6-4 untuk mara ke final ATP Masters pertamanya. “Saya tidak tahu bagaimana ia terjadi, saya sangat letih selepas set pertama dan fikir saya mungkin tidak dapat menangani intensiti perlawanan,” kata Medvedev.

“Tetapi saya mempunyai peluang untuk mendapat momentum pada set kedua dan para penyokong memberikan saya tenaga,” tambahnya.

Djokovic yang sangat kecewa, memerlukan sedikit masa bertenang sebelum mengakui kekalahannya.

“Dia layak untuk berada dalam kelompok, pastinya. Dia bekerja keras untuk berada di kedudukan lima teratas.” – AFP

Djokovic mengucapkan tahniah kepada Medvedev. – AFP