Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Medvedev, Hurkacz berentap di final

    HALLE, 19 JUN – Pemain ranking teratas, Daniil Medvedev berjaya menewaskan Oscar Otte dengan keputusan 7-6 (3), 6-3 kelmarin untuk mara ke peringkat akhir Terbuka Halle, seminggu selepas menjadi naib juara di ‘s-Hertogenbosch.

    Otte mendahului 5-3 pada set pertama namun Medvedev kembali bangkit untuk memaksa perlawanan kepada tiebreaker.

    Pemain kelahiran Rusia itu akan bertemu Hubert Hurkacz pada aksi final hari ini selepas pemain Poland itu berjaya menundukkan Nick Kyrgios 4-6, 7-6 (2), 7-6 (4).

    Kejohanan Wimbledon akan membuka tirainya dalam masa sembilan hari tanpa Medvedev atau mana-mana pemain dari Rusia dan Belarus. Keputusan Wimbledon untuk mengenakan larangan itu disebabkan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine bersama dengan kejohanan Grand Slam lainnya dan jelajah lelaki dan wanita.

    Namun ia tidak menghalang Medvedev untuk membina momentum di gelanggang rumput. Kemenangannya ke atas Otte menyaksikan dia mencatat keputusan 6-1 di atas gelanggang rumput, dengan satu-satunya kekalahan mengejut di tangan Tim van Rijthoven pada aksi final minggu lalu di ‘s-Hertogenbosch, Belanda.

    Keputusan mata ranking di Wimbledon turut menyebelahi Medvedev kerana dia hanya mara ke peringkat keempat tahun lalu jadi kurang mata yang luput berbanding pemenang kejohanan, Novak Djokovic.

    Medvedev dan Hurkacz masing-masing memenangi dua daripada empat perlawanan ketika bertemu, di mana Hurkacz memenangi satu-satunya pertemuan di gelanggang rumput dalam empat pusingan di Wimbledon tahun lalu dan memenangi kebanyakan perlawanan terdahulu di Miami pada Mac.- AP

    Reaksi Daniil Medvedev meraikan kemenangan bersama peminat selepas berjaya mara ke peringkat akhir Terbuka Halle selepas berjaya menewaskan Oscar Otte, baru-baru ini.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...