SHANGHAI, 13 OKT – Daniil Medvedev memenangi gelaran keempatnya tahun ini dengan selepas mengatasi Alexander Zverev 6-4, 6-1 pada final Masters Shanghai, hari ini.
Kejayaan pemain berusia 23 tahun itu yang berjaya melangkah ke final buat kali keenam berturut-turut menjadikan beliau pencabar utama untuk menyertai ‘Big Three’ Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer.
Finalis Terbuka AS itu berkata bahawa dia akhirnya mengalahkan Zverev, seorang lagi pesaing muda pada usia 22 tahun pada percubaan kelima. Pemain nombor empat dunia itu memerlukan hanya 74 minit untuk mengesahkan kemenangan.
Medvedev membuat permulaan yang pantas, memenangi permainan servisnya bagi mengatasi Zverev untuk memimpin 2-0. Di stadium tertutup Shanghai, Zverev
ketinggalan 3-0 selepas 11 minit.
Tetapi pemain ranking keenam Jerman itu mengetepikan lawannya untuk memimpin perlawanan dan kemudian bangkit untuk mengubah kedudukan kepada 3-2.
Kedua-dua mereka mempamerkan servis bertenaga tetapi Zverev tewas akibat dua kesilapan yang terakhir.
Set kedua bermula dengan cara yang sama seperti yang pertama, di mana Medvedev berjaya mematahkan servis pertama Zverev untuk memimpin 2-0.
Dia kemudian berjaya sekali lagi mematahkan servis pada set keempat untuk kemenangan dominan bagi mengesahkan kejuaraan. – AFP

































