Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Medvedev kini pemain nombor satu dunia

    PARIS, 1 MAC – Daniil Medvedev mengganti Novak Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia semalam, menjadi lelaki pertama sejak 2004 di luar perlawanan tenis ‘Big Four’ yang terdiri daripada Djokovic, Rafael Nadal, Roger Federer dan Andy Murray untuk menduduki tempat teratas.

    Juara Terbuka AS, Medvedev adalah lelaki Rusia ketiga selepas Yevgeny Kafelnikov dan Marat Safin, dan pemain ke-27 pada keseluruhannya, untuk mara ke kedudukan teratas ranking ATP.

    Medvedev, 26 tahun, ditewaskan Nadal dalam kejohanan separuh akhir Acapulco minggu lalu, terjamin berada di depan Djokovic selepas kekalahan suku akhir pemain Serbia itu di Dubai.

    Djokovic, yang telah menghabiskan 361 minggu sebagai pemain nombor satu dunia, sedang bertanding dalam kejohanan pertamanya musim ini ekoran dihantar pulang dari Australia pada Januari.

    Alexander Zverev kekal di tangga ketiga meskipun disingkirkan daripada acara Acapulco selepas menghempas raketnya pada kerusi pengadil beberapa kali semasa perlawanan beregu.

    Nadal meningkat satu kedudukan ke tangga keempat selepas meraih kejuaraan ketiganya musim ini dan ke-91 dalam kerjayanya. – AFP

    Aksi Daniil Medvedev mengembalikan bola kepada pemain Sepanyol Rafael Nadal semasa perlawanan separuh akhir Terbuka ATP Mexico di Arena GNP, Acapulco, Mexico baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...