Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Medvedev mara ke pusingan ketiga

    LOS ANGELES, 10 OKT – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Daniil Medvedev, kembali ke aksi ATP semalam, menundukkan pemain AS, Mackenzie McDonald 6-4, 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga di Indian Wells.

    Pemain Rusia yang menduduki ranking kedua dunia dan pemain pilihan utama lelaki dalam kejohanan gelanggang WTA dan ATP Masters beraksi dalam perlawanan ATP pertamanya sejak merebut gelaran juara Grand Slam sulungnya di Flushing Meadows di mana dia menewaskan Novak Djokovic. Sejak itu, Medvedev membantu Pasukan Eropah mengalahkan Pasukan Dunia di Piala Laver serta terus melakar kemenangan meyakinkan ke atas McDonald yang berada di ranking ke-57 semalam dan menamatkan perlawanan dalam masa 72 minit.

    “Saya sebenarnya sangat gembira, kerana biasanya saya tidak bermain dengan baik di Indian Wells dan saya tidak pernah bermain dengan baik dalam latihan sebelum ini,” kata Medvedev.

    “Mackenzie adalah lawan yang sangat kuat, dia dapat memberi tekanan kepada semua orang,” tambahnya. “Saya gembira dapat berakhir cukup pantas.”

    Medvedev menempah pertemuan pada pusingan ketiga menentang Filip Krajinovic dari Serbia, yang mencatat kemenangan 7-6 (7/2), 7-5 ke atas pemain AS, Marcos Giron. Pemain pilihan keempat Rusia, Andrey Rublev juga mara ke pusingan seterusnya, mengalahkan pemain Sepanyol, Carlos Taberner 6-3, 6-4.

    Manakala pemain pilihan utama wa-nita, Karolina Pliskova mara ke pusingan ketiga apabila pemain pilihan kelima Garbine Muguruza disingkirkan oleh Ajla Tomljanovic. – AFP

    Aksi Daniil Medvedev melakukan pukukan bola semasa perlawanan menewaskan Mackenzie McDonald 6-4, 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga di Indian Wells semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda