Medvedev mara ke separuh akhir

NEW YORK, 8 SEPT – Daniil Medvedev mara ke pusingan separuh akhir di Terbuka AS tiga kali berturut-turut semalam, sementara pemain Kanada berusia 19 tahun, Leylah Fernandez sekali lagi mencipta kejutan untuk mara ke pusingan empat terakhir di Grand Slam buat kali pertama.

Pemain pilihan kedua dari Rusia, Medvedev, memburu kejuaraan Grand Slam pertama, menyingkirkan pemain Belanda ranking ke-117, Botic Van de Zandschulp, 6-3, 6-0, 4-6, 7-5 di Stadium Arthur Ashe.

“Saya hanya mahu melakukan lebih baik berbanding dua kali sebelum ini dan mendapatkan langkah tambahan, yang mana ia adalah paling sukar,” kata Medvedev.

Medvedev mara kepada satu kemenangan yang mungkin bertemu Novak Djokovic.

Pemain dari Moscow berusia 25 tahun dan naib juara Terbuka AS 2019 serta sebelum ini tewas di aksi final Terbuka Australia tahun ini kepada Djokovic, yang turut memburu kejuaraan Terbuka AS keempat bagi melengkapkan Grand Slam perseorangan lelaki sejak Rod Laver pada 1969.

Reaksi Daniil Medvedev selepas meraih mata semasa pertemuan menentang Botic Van de Zandschulp di peringkat suku akhir Terbuka AS, kelmarin. – AP

“Saya tidak memikirkan tentang dia kerana seperti yang kita dapat saksikan, sesiapa sahaja boleh dikalahkan,” kata Medvedev. “Jika dia berada di final dan saya berada di sini maka saya merasa gembira.”

Fernandez, yang sudah menyingkirkan juara bertahan, Naomi Osaka dan pemenang Grand Slam tiga kali, Angelique Kerber, mengalahkan pemain pilihan kelima dari Ukraine, Elina Svitolina 6-3, 3-6, 7-6 (7/5).

“Saya memberitahu diri saya sendiri untuk mempercayai pukulan saya,” kata Fernandez.

“Meskipun jika saya kalah, saya akan masih meneruskannya dan saya berasa lega kerana berjaya.”

Fernandez, pemain ranking ke-73 dunia, mengambil inspirasi strategi pra perlawanan daripada ayahnya yang juga merupakan jurulatihnya, Jorge, seorang bekas pemain bola sepak Ecuador.

“Dia memberitahu saya untuk keluar bermain dan menikmati perlawanan,” katanya.

“Ini adalah Grand Slam suku akhir pertama anda.

“Jangan jadikan perlawanan ini yang terakhir. Berjuang untuk mengejar impian,” katanya. – AFP