Medvedev masih dahaga kejayaan

INDIAN WELLS, 8 OKT – Pemain tenis kelahiran Rusia, Daniil Medvedev berkata dia masih dahagakan lebih banyak kejayaan.

Pemain berusia 25 tahun itu berjaya mengalahkan Novak Djokovic di final Terbuka AS bulan lalu dan mengagalkan hasrat lawannya untuk menjadi pemain lelaki pertama sejak Rod Laver untuk memenangi kesemua empat gelaran Grand Slam dalam tahun yang sama pada 1960an.

“Ini adalah impian besar yang menjadi kenyataan bagi saya,” kata Medvedev selepas menjalani sesi latihan kelmarin di Indian Wells, di mana dia berharap dapat merangkul gelaran besar minggu ini. “Saya bermotivasi. Saya sudah bersedia.”

Pemain Rusia itu semakin banyak mendapat perhatian sejak kemenangan 6-4, 6-4, 6-4 ke atas Djokovic.

“Sudah tentu semua orang bercakap tentang awda di media, surat khabar dan di Rusia,” katanya.

Aksi Daniil Medvedev dari Rusia semasa perlawanan menentang Pasukan Dunia, Denis Shapovalov dari Kanada di Piala Laver, pada 25 September lalu, di Boston. – AP

“Beberapa orang menghantar mesej kepada saya yang sudah lama saya tidak berjumpa.

“Banyak orang cuba membayar makanan saya di restoran. Kadang-kadang saya cuba menolaknya. Saya tidak tahu mengapa perlu menerimanya dari orang yang tidak dikenali.

“Itu kelakar, tapi aneh juga,” tambahnya.

Kejayaan Terbuka AS Medvedev hadir selepas kekecewaan di final Grand Slam sebelumnya. Dia hampir memenangi Terbuka AS 2019 tetapi tewas dalam lima set kepada Rafael Nadal. Djokovic mengalahkan Medvedev pada final Terbuka Australia awal tahun ini.

Dia hanya tewas satu set semasa Terbuka AS dan menerima hadiah AS$2.5 juta serta merupakan pemain pertama sejak Rusia sejak Maria Sharapova memenangi gelaran perseorangan Terbuka AS berikutan kemenangannya pada tahun 2006.

Medvedev tidak pernah menduduki ranking lebih tinggi daripada kedudukan kedua dunia, ranking yang didudukinya ketika ini. Namun dia berjaya melakar gelaran Grand Slam dan berusaha merebut kedudukan nombor satu dunia. – AFP