Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Medvedev mudah mara pusingan kedua

    MELBOURNE, 18 JAN – Pemain pilihan utama, Daniil Medvedev menewaskan pemain Switzerland, Henri Laaksonen untuk memenangi perlawanan pembukaan Terbuka Australia hari ini.

    Pemain Rusia itu, yang mengintai gelaran juara Grand Slam berturut-turut selepas memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lepas, menang 6-1,6-4, 7-6 (7/3) dalam masa satu jam dan 54 minit di Rod Laver Arena.

    “Saya berusaha untuk memenangi set ketiga, saya berfikir untuk menunggu (set penentuan), ia berjalan dengan lancar, jadi saya berasa sangat gembira mengenainya,” kata pemain nombor dua dunia itu.

    “Saya bermula dengan baik semasa berada di Australia tahun lalu, memenangi Piala ATP dan berhasil mara ke pusingan akhir di sini. Saya suka bermain di sini, suka dengan gelanggangnya dan saya mahu melakukan yang lebih baik daripada tahun lalu.”

    Medvedev menyasarkan untuk menjadi lebih baik daripada penampilan terakhirnya pada tahun lalu dengan kekalahan menentang Novak Djokovic, tetapi dengan pemain nombor satu dunia berkenaan telah kembali ke tanah airnya, Serbia selepas diusir, pemain Rusia itu adalah pilihan yang dicalonkan untuk gelaran itu.

    Medvedev tewas semasa perlawanan servis pembukaannya menentang Laaksonen, tetapi berjaya bangkit dalam enam perlawanan seterusnya untuk memenangi set pertama.

    Apabila pemain ranking ke-91, Laaksonen akhirnya memberikan servis dalam perlawanan pembukaan semasa set kedua dan para penonton bersorak dengan meriah.

    Pemain Switzerland berkenaan lebih kompetitif semasa set kedua, tetapi pemain pilihan kedua masih lagi mengawal permainan dengan pukulannya yang teratur.

    Laaksonen menaikkan tahap permainannya dan muncul di tempat teratas dalam beberapa rali yang berlangsung lama, tetapi pengalaman Medvedev membuktikan perbezaan dalam pemecah seri set ketiga. – AFP

    Aksi Isaac Okoro dan Patty Mills dari Brooklyn Nets bersaing untuk mendapatkan bola pada separuh masa pertama perlawanan NBA antara Cleveland Cavaliers dan Brooklyn Nets, 17 Januari di Cleveland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...