Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Medvedev tersingkir Indian Wells Masters

    INDIAN WELLS, AMERIKA SYARIKAT, 15 MAC – Daniil Medvedev tersingkir daripada kejohanan ATP/WTA Indian Wells Masters dalam kekalahan mengejutkan kepada Gael Monfils kelmarin sekali gus mengakhiri dominasi pemain Rusia selama tiga minggu sebagai pemain nombor satu dunia.

    Medvedev merupakan pemain teratas dunia yang tersingkir, ditewaskan 4-6, 6-3, 6-1 oleh pemain Perancis Monfils.

    Siri kekalahan itu berterusan sehingga sesi petang apabila pemain pilihan ketujuh Greece Stefanos Tsitsipas tumpas di tangan pemain Amerika berusia 21 tahun Jenson Brooksby.

    Brooksby, menduduki tempat ke-43 dunia, mara ke pusingan 16 terakhir dengan kemenangan 1-6, 6-3, 6-2.

    Terdahulu, Monfils, 35 tahun, meraih kemenangan pertamanya ke atas pemain nombor satu dunia sekali 2009 dengan persembahan mengagumkan untuk menyingkirkan juara Terbuka AS Medvedev.

    Aksi Medvedev membalas pukulan servis semasa pertemuan menentang Gael Monfils di Indian Wells, kelmarin.- AP

    Kekalahan itu bermakna Novak Djokovic pada Isnin akan kembali semula ke ranking teratas dunia, tiga minggu selepas Medvedev menjadi nombor satu.

    Monfils mencatat kemenangan dalam masa 2 jam 6 minit setelah mengutip mata penamat keenam.

    “Saya berada dalam zon saya dan saya merupakan pencabar sukar untuk sesiapa saja,” kata Monfils. “Sudah lama masanya sejak saya menewaskan seorang pemain nombor satu dunia, maka saya berasa amat gembira.”

    Medvedev berkata dia berhasrat merebut kembali ranking nombor satunya pada kejohanan Terbuka Miami minggu depan.

    “Memandangkan saya tahu saya akan kehilangan ranking, maka saya mempunyai peluang untuk merampasnya semula di Miami,” kata Medvedev. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...