Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Medvedev, tsitsipas mara ke suku akhir mallorca

    PALMA, SEPANYOL, 23 JUN – Daniil Medvedev dan Stefanos Tsitsipas mara ke perlawanan suku akhir dalam Kejohanan Mallorca kelmarin, sementara Nick Kyrgios menarik diri untuk mengelak kecederaan yang dialami semakin teruk sebelum kejohanan Wimbledon.

    Pemain ranking teratas, Medvedev berjaya bangkit selepas menewaskan Aslan Karatsev dengan keputusan 4-6, 6-3, 6-2, manakala Tsitsipas pula berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 6-4, 6-4 ke atas Ilya Ivashka.

    Juara bertahan, Medvedev, meningkatkan peluang kemenangannya kepada 8-2 dalam perlawanan pada musim ini walaupun dia berdepan dengan dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan akhir, baru-baru ini.

    “Tahun lalu adalah tahun yang menakjubkan. Saya bermain dengan prestasi terbaik,” kata Medvedev. “Saya suka beraksi di Mallorca.”

    Dia bakal berdepan dengan Roberto Bautista Agut, pemain yang berjaya mara selepas Kyrgios menarik diri daripada kejohanan sebelum perlawanan mereka berdua atas sebab kecederaan abdomen.

    Reaksi Medvedev semasa perlawanan perseorangan menentang Hubert Hurkacz dalam kejohanan Terbuka Halle, 19 Jun 2022. – AFP

    “Saya telah bermain dalam beberapa perlawanan yang menakjubkan akhir-akhir ini tetapi berasa kecewa kerana mengalami kecederaan pada abdomen.

    “Saya berjumpa dengan doktor kejohanan serta-merta dan dia menasihatkan agar saya tidak bermain pada malam ini,” kata Kyrgios.

    “Saya sangat menghargai Kejohanan Mallorca tetapi saya terpaksa mengikut saranan doktor dan tidak ingin mengambil risiko yang mengakibatkan saya terlepas kejohanan Wimbledon pada minggu hadapan,” katanya lagi.

    Kyrgios memerlukan masa lebih dari dua jam untuk menewaskan Laslo Djere dengan keputusan 5-7, 7-6 (1), 7-6 (1) dalam pusingan sebelumnya sebagai persiapan untuk Wimbledon.

    Sementara itu, Medvedev tidak akan beraksi dalam kejohanan Wimbledon pada tahun ini kerana Kelab All England telah mengharamkan pemain dari Rusia dan Belarus selepas isu pencerobohan yang berlaku di Ukraine.

    Selain daripada itu, Tsitsipas pula memenangi perlawanannya menentang pemain ranking ke-40, Ivashka tanpa mendapatkan break-point. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...