Mee benam Palace, rebut peluang Liga Europa

LONDON, 30 JUN – Ketua pasukan Burnley, Ben Mee muncul membuat penampilan ke-300 untuk kelab dengan menjaringkan gol kemenangan 1-0 menentang Crystal Palace dan membawa Burnley naik ke tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Sean Dyche berkongsi mata dengan Tottenham Hotspur dan menaruh harapan mereka untuk menempah tempat ke liga Europa musim depan.

Seminggu lalu dia mengatakan perasaan malu ketika sebuah pesawat yang membawa mesej ‘White lives Matter Burnley’ di Stadium Etihad semasa perlawanan yang lalu menentang Manchester City.

Mee mengakhiri penantiannya selama tiga tahun untuk menjaringkan gol pada minit ke-62 dengan menanduk masuk bola melalui sepakan percuma Ashley Westwood.

Penjaga gawang Palace, Vicente Guaita melakukan kesilapan selepas menangkap bola dari percubaan Mee tetapi terlepas dan menyebabkan satu-satunya gol dalam perlawanan itu.
Mee berkata dia merasakan cukup bagus selepas menjaringkan gol, memberitahu Amazon Prime.

“Ini bukan malam yang baik bagi kami tetapi kami telah memberikan reaksi yang sangat baik untuk memperoleh dua kemenangan.”

Kekalahan itu menjatuhkan Palace ke tempat ke-11 liga tetapi pasukan Roy Hodgson masih dalam keadaan selesa dengan 15 mata dari zon penyingkiran dengan hanya berbaki enam perlawanan sahaja lagi walaupun perlawanan itu merupakan kekalahan kedua mereka berturut-turut.

Bekas pengurus England, Hodgson enggan menyalahkan penjaga golnya atas kecuaian itu, dengan mengatakan “Kami melakukan segala yang kami mampu untuk mencari jalan keluar tetapi itu tidak berjaya bagi kami.” – AFP

Reaksi Ben Mee (dua kiri) bersama rakan sepasukannya semasa meraikan jaringan gol pertamanya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Crystal Palace dan Burnley di Stadium Selhurst Park, London, semalam. – AP