Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Meer Nash terkilan diumum tersingkir Big Stage

    Enggan menjejaskan emosi semasa membuat persembahan, penyanyi Meer Nash memberitahu dia tidak membaca komen warganet di media sosial sepanjang empat minggu bertanding di pentas Big Stage 2023.

    Bagaimanapun selepas tersingkir pada malam kelmarin, Meer Nash atau nama sebenarnya Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 27, berkata dia mula menyemak ruangan komen untuk mengetahui maklum balas penonton.

    “Sebenarnya pagi ini baru saya membaca komen-komen di sosial media. Ada satu komen dengan huruf besar minta saya berhenti jadi penyanyi kerana tiada bakat.

    “Saya tidak mahu ambil pusing dengan komen tersebut kerana tahu apa yang ingin dilakukan. Saya akan buktikan apa yang dikatakan itu tidak benar.

    “Sebelum ini saya memang tidak membaca komen-komen di sosial media kerana bimbang boleh mengganggu fokus ketika sedang bertanding,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Meer Nash yang menyampaikan lagu berjudul Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia hanya memperoleh markah sebanyak 45.33 peratus dan berada di kedudukan tiga terbawah.

    Menerima baik keputusan tersebut, Meer Nash juga meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan perjuangan selepas tiga minggu berada di kedudukan terbawah.

    Bercakap tentang penglibatan dalam program BS2023, kata Meer Nash ia telah membuka matanya untuk lebih mengenali hala tuju dalam pemilihan genre muzik.

    Malah dia banyak mempelajari teknik persembahan yang terbaik untuk menghiburkan peminat. – Agensi

    Meer Nash akur namanya tersingkir di minggu keempat BS2023. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...