Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Meerqeen 100 lelaki terkacak di dunia

    Tersenarai antara 100 Lelaki Terkacak Di Dunia 2022 oleh TC Candler, pelakon Meerqeen mengakui teruja dan gembira apabila mengetahui dirinya turut berada dalam pengiktirafan portal antarabangsa itu.

    Kata Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, pengiktirafan itu secara tidak langsung membuktikan dirinya semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan.

    “Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan apa yang sedang dinikmati hari ini.

    “Berada dalam senarai 100 pun sudah membuatkan saya gembira dan berterima kasih kerana kehadiran saya di dalam industri seni disedari umum,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Meerqeen mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan sejak awal pembabitannya dalam bidang seni.

    “Sebagai seorang lelaki, saya berterima kasih kepada TC Candler yang mengiktiraf saya antara 100 Lelaki Terkacak 2022 di dunia.

    “Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada saya sejak mula menceburi bidang seni.

    Tanpa semua, siapalah saya.

    “Semoga pengiktirafan ini akan memberikan lebih semangat kepada saya untuk bekerja dengan lebih keras pada masa hadapan,” katanya.

    Untuk rekod, Meerqeen merupakan wakil tunggal Malaysia dalam senarai tersebut.

    Selain itu, beberapa selebriti popular antarabangsa lain yang turut tersenarai ialah Liam Hemsworth, Suga BTS dan Hrithik Roshan.

    TC Candler merupakan badan pengkritik bebas yang akan menyenaraikan 100 wajah paling cantik dan kacak dari seluruh dunia setiap tahun. – Agensi

    Peluang tersenarai sebagai 100 lelaki terkacak dunia dorong Meerqeen untuk lebih bekerja keras. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...