Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Meerqeen akhirnya bersuara isu Palestin

    Disindir bakal dicampak ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin, pelakon Meerqeen akhirnya bersuara terhadap perkara itu.

    Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, bukan semua perkara atau kebaikan yang dilakukan perlu dikongsi kepada umum.

    “Terima kasih, saya seorang Muslim.

    “Tanggungjawab saya sebagai orang Muslim saya sudah jalankan.

    “Bukan semua perlu dikongsikan dengan semua,” katanya.

    Meerqeen sentiasa memerangi dan mengutuk kezaliman. – mStar

    Menurut laporan mStar, sebelum itu terdapat individu memintanya untuk membayangkan bakal dimasukkan ke neraka disebabkan tidak membuat sebarang hantaran berkenaan Palestin.

    Tambah aktor itu, segala kebaikan yang dilakukannya buat saudara di Palestin cukup hanya perlu diketahui oleh Maha Pencipta.

    “Cukup saya dan Maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara di sana sudah memadai,” ujarnya.

    Selain itu, dalam hantaran lain, Meerqeen menjelaskan yang dia mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan juga kezaliman terhadap manusia.

    Jelasnya, dengan kudrat dan kemampuan yang ada, dia akan terus menjalankan tanggungjawab dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.

    “Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.

    “Saya tidak pernah sesekali pun berpaling daripada pendirian saya itu,” ujarnya.

    Sebelum ini, nama Meerqeen disebut-sebut antara selebriti yang tidak menunjukkan sokongan kepada rakyat di Palestin. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...