Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Meerqeen tertekan lagi?

-

Pelakon Meerqeen, 21, tertekan untuk memenuhi jangkaan peminat selepas kejayaan luar biasa drama rantaian Melur Untuk Firdaus.

Meerqeen dan rakan pelakon, Anna Jobling bakal muncul dalam Melur Untuk Firdaus 2 tidak menolak kemungkinan terbeban kerana mereka ingin memberikan yang terbaik selepas kejayaan diraih sebelum ini.

“Secara jujurnya, saya dan Anna rasa sedikit tertekan untuk memenuhi jangkaan peminat kerana kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik. Insya-Allah, kami akan cuba sebaik mungkin.

“Saya juga mengharapkan drama bersiri ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat berbanding musim pertama. Apa yang boleh saya katakan, drama kali ini akan menampilkan kelainan. Kami tak sabar nak mulakan penggambaran,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan peminat terhadap kerjaya lakonannya, Meerqeen gembira kerana kerja kerasnya untuk drama ini diterima baik penonton.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam ini turut gembira dengan rakan lakonnya, Anna Jobling kerana watak Melur yang dibawakan sangat berat.

“Saya seronok dan Anna juga seronok dengan penerimaan peminat sehingga kini. Kami bekerja keras bagi menjayakan drama ini, terutama sekali buat Anna.

“Karakter yang dibawakan sangat berat, jadi saya gembira bagi pihak dia. Dia layak untuk mendapatkan apa yang dikecapinya saat ini,” katanya lagi.

Difahamkan, drama Melur Untuk Firdaus musim kedua dijangka akan memulakan penggambarannya pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. – Agensi

Meerqeen tertekan untuk memenuhi jangkaan peminat selepas kejayaan luar biasa drama rantaian Melur Untuk Firdaus. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -