Megamas catat rekod LTI

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Megamas Training Company Sdn Bhd, hari ini, meraikan rekod 29 tahun tanpa kehilangan masa cedera (LTI).

Penasihat Eksekutif Megamas Training Company, Mohd Roger Ainsworth dalam kenyataan yang diberikan, dipetik menyatakan bahawa pencapaian ini menunjukkan dedikasi syarikat kepada memastikan keselamatan semua kakitangannya dan para peserta kursus.

Beliau menambah, “Semua latihan dijalankan mengikut standard antarabangsa untuk memastikan penekanan diambil oleh Megamas Training Company setiap tahun dalam mengejar kecemerlangan keselamatan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua orang di Megamas bagi pencapaian luar biasa ini dan klien-klien kami atas sokongan mereka,” tambah beliau.

Gambar ramai warga Megamas Training Company Sdn Bhd.