Megamas sumbang kerusi roda

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk mengembalikan semula kepada masyarakat, Megamas Training Company Sdn Bhd telah menyumbang dua set kerusi roda kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Cawangan Kuala Belait bersempena dengan perayaan ulang tahun ke-30 mereka.

Hadir pada acara semalam adalah Penasihat Eksekutif Megamas, Mohd Roger Ainsworth; Timbalan Pengurus Besar Megamas, Haji Mahmud bin Haji Idris dan kakitangan syarikat.
Kehadiran para tetamu telah dialu-alukan oleh Pengurus Pusat Ehsan Kuala Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar.

Di samping menyumbang kerusi roda kepada pusat, rombongan Megamas juga bertemu dengan beberapa pelajar pusat untuk mempelajari lebih tentang rutin harian mereka di pusat berkenaan.

Dalam kunjungan ke pusat berkenaan, Pengurus Pusat Ehsan Kuala Belait juga telah menyampaikan hadiah penghargaan dalam bentuk buku khas yang memaparkan sejarah dan pencapaian yang dicatat oleh Pusat Ehsan dalam beberapa tahun lalu.

Wakil Megamas menyerahkan kerusi roda kepada Pusat Ehsan ketika lawatan mereka.