Meghan minta mahkamah selesai kes privasi

LONDON, 19 JAN – Peguam untuk Duchess of Sussex hari ini meminta hakim British supaya menyelesaikan tindakan guamannya ke atas akhbar sebelum ia dibicarakan dengan memutuskan penerbitan sepucuk surat ‘amat peribadi’ kepada bapanya merupakan ‘pencabulan serius terhadap hak privasi beliau.’

Meghan, 39, menyaman kumpulan akhbar Associated Press kerana mencabul privasi dan hak cipta berhubung lima artikel pada Februari 2019 dalam akhbar Mail on Sunday dan di laman web Mail Online yang menyiar sebahagian daripada isi kandungan surat bertulis kepada ayahnya, Thomas Markle, selepas perkahwinannya dengan Putera Britain Harry pada 2018. Associated Press mencabar dakwaan tersebut, dan perbicaraan dijangka diadakan pada musim luruh di Mahkamah Tinggi di London.

Meghan berusaha mendapatkan pertimbangan yang akan memihak kepada dakwaannya sekali gus mengetepi kes pembelaan akhbar. – AP

Kelihatan Mahkamah Keadilan Diraja di London kelmarin. Meghan akan meminta hakim menyelesaikan kes ke atas akhbar Mail on Sunday berhubung penerbitan surat kepada bapanya. – AP