MEIZU telah melancarkan telefon pintar pertamanya tahun ini iaitu M5s, diperkenalkan sebagai pengganti Meizu M5, dan didatangkan dengan dua varian storan, 16GB dan 2GB.
Peranti dua SIM (Nano SIM) ini beroperasi menggunakan Flyme 6.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow dan mengetengahkan reka bentuk unibody dengan sensor cap jari pada punat
utama.
M5s menonjolkan paparan IPS HD (720×1280 piksel) 5.2 inci dengan densiti piksel 282ppi dan dikuasakan dengan SoC lapan teras MediaTek MT6753 berkelajuan 1.3GHz yang dipadankan dengan RAM LPDDR3 3GB.
Untuk mengambil gambar, ia dilengkapi kamera belakang 13MP dengan apertur f/2.2, PDAF dan denyaran dua tona di samping kamera depan 5MP dengan apertur f/2.0 dan perisian pencantik ArcSoft.
Kedua-dua model storan menyokong storan tambahan menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB) dalam konfigurasi dua SIM hibrid.

Pilihan sambungannya termasuk 4G LTE, GPS/ A-GPS, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (dengan sokongan bagi jalur 2.4GHz dan 5GHz), Bluetooth v4.0, 3.5mm jek fon kepala dan Mikro-USB.
Meizu M5s yang mempunyai ukuran 148.2×72.5×8.4mm dan berat 143g berkenaan disokong bateri 3000mAh
dan didatangkan dengan pengecasan pantas 18W.
Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, giroskop, magnetometer dan inframerah.